Friday, December 28, 2007

sahabat misteri


hari niiii hari penentuan siapa yang jadi Sahabat Misteri kitorang. Ini semua cadangan en rizam tapi bagus gak lerr boleh tukar2 hadiah. Semua misteri selama 2 bulan ni terungkai...

Aku pakai nikname NAJEF...gabungan nama NOR,AMY,JULIE,EZWA & FARINDA.aku dapat nikname 'AKU'. Baru lerr aku tau rupa-rupa nyer aku dapat Lin...kira ok lerr 2.Disebalik happy sebenarnya ader kedukaan yang terpendam...yer laaa ari gak merupakan majlis perpisahan untuk kak sue ngan lin...moga korang bahagia dan happy kat tempat kerja baru yerrr.GOOD LUCK

Thursday, December 27, 2007


ni gambar kenangan aku ngan hafizh masa kat genting..ktrang panggil dia Ketua Penerbit...yer laaa dia mengalahkan PENERBIT. Ini semua penangan Rokok Kangkang



Ni plak gambar aku ngan lin...salah sorang yang akan pindah tempat kerja. Semoga lin berjaya dan happy di tempat kerja baru...Jangan lupa kami kat cnie yerrrr


ni gambar couple baru kat opis aku....moga korang berbahagia


nie gambar afiz ngan ezwan..tengok lerr muka cuak ezwan cam kelakar plak...siap baca doa lagi haaaaa haaa haaaa

kenangan



ni gambar ktrg kat genting...best gak lerrr tap sebenarnya sedih coz lin ngan ezwan dah nak pindah keje....best gak lerr g sana tp tak semua dapat g. kak lieya ngan kak sue x dapat pergi coz diorang ader hal.

aku harap biarlah ini menjadi kenangan yang yang terindah tuk lin dan ezwan..insya-Allah

Tuesday, November 20, 2007

alhamdulillah

aku tepon makcik aku kat thai....sepupu aku dah sedar.alhamdulillah.Aku suka bukan apa kalau apa-apa terjadi kat sepupu aku nanti atuk aku akan menyalahkan diri dia.Sepanjang aku kat sana pun dia tak habis-habis menyalahkan diri dia...padahal kami sekeluarga tau itu bukan salah dia. semasa kejadian pun nenek aku ader dan dia tengok depan mata dia sendiri insiden tersebut.

So dengan berita yang baru aku terima mestilah aku happy sangat2...sekarang sepupu aku dah ok dah boleh bangun dan makan cuma dia macam blur...nyer laaa kepala dah kena operate mana x biul.Aku harap dia akan sihat...Insya-Allah

Monday, November 19, 2007

balik kampung

asben aku buat keputusan.....kami balik thailand gak malam jumaat.Aku tepon makcik aku, sepupu aku x sedar2 lagi, tulang rusuk kiri datuk aku patah..sedih aku mendengarnyer. sepupu aku baru berumur 9 tahun plak 2. Dia ada pendarahan dalam otak dia.

samapi jer kat thailand...aku tak sempat nak rehat. Tolong cuci luka datuk...dulu aku seorang yang pengeli tapi disebabkan terpaksa buat...telan jer laaa.makcik aku telepon mintak tolong aku gantikan dia tinggal kat hospital jaga sepupu aku. tengahari 2 gak aku g hospital besar kat Narathiwat.

sampai kat ICU hospital Narathiwat, aku ngan asben masuk nak tengok keadaan sepupu aku...aku terkejut giler...memang berubah 100%.nasib baik makcik aku temankan masa masuk kat ICU...yer laaaa aku kan x tau cakap bahasa thai.

Yang aku tak puas hati.....kat ICU hospital tuuu ciri-ciri keselamatan dia memang teruk.aku tengok budak kecik pun diaorang bagi masuk..ntah lerrrr
aku hanya mampu berdoa agar sepupu aku tabah dan cekal melawan sakit nyer tuuu...amin

berita yang mengejutkan............

8hb November 2007.....aku menerima panggilan dari ma. berita yang mengejutkan aku!Datuk aku kemalangan dengan sepupu aku. Yang tak bestnyer sepupu aku tak sedar.Aku tension.Dahlaaa kampung aku kat Thailand....aku risau memikirkan keadaan sepupu ngan datuk aku....aku rapat ngan datuk aku berbanding ngan nenek atau ma aku sendiri....aku doakan semoga sepupu aku sedar dan datuk aku sihat .

Wednesday, October 17, 2007

salam lebaran


Ni plak gambar separuh dari keluarga sebelah esben aku. ader lagi separuh...family belah dia memang ramai....insya-Allah aku akan try sesuaikan diri dengan keluarga dia.setakat ni alhamdulillah...semuanya ok.sempena bulan baik ni...kami ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

eid mubarak



selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin dari kami

Friday, September 28, 2007

enjoy time's


ni gambar ktrang masa buat assigment kena ambik gambar.so kesempatan tu ktrang guna ler sekali....bak kata orang, sambil menyelam minum air. tapi time tu xleh lerrr nk minum kan bulan puasa.
Bulan puasa lepak kat tempat camni memang best....hilang penat.

Monday, September 17, 2007

perasmian hindar



ni gambar kitorang selepas majlis perasmian hindar....sebelum dan semasa muka masing2 tension. masa pun xder nak ambik gambar. So ini ajer ler yang ader....alhamdulillah majlis perasmian berjalan dengan lancar dan berbaloilah kepenatan kami semua.

Sunday, September 16, 2007

adik-adikku....




kenangan aku ngan adik2 aku.aku ngan asben bawak diorang gi genting....sian kat diorang tak pernah g genting. Ni pun merupakan kenangan manis aku ngan adik-adik aku. kitorang jarang bersosial bersama maklum lerrr jarak memisahkan kami. Tapi aku bersyukur coz adik-adik aku semuanya baik ngan aku dan yang penting dengar cakap aku.Ada sorang lagi adik aku yang x gi genting....adik bongsu, ezwa atau nama timangan dia adik wawa. Adik wawa x sihat time 2...so lain kali laaa yer along bawak adik g genting K. yang penting adik jaga kesihatan adik dlu...

genting memory





ni plak gambar kitorang kat genting....best giler. masa tuu kitorang single lagi cuma kak lieya jer yang dah kahwin. tengok lerr muka pun berseri lagi....pengantin baru ler katakan.Masa kat sana kitorang memang lepaskan tekanan.....pendek kata memang happy ler masa kat sana.

pangkor island


ni gambar ngan kekawan pejabat. kitorang ader kursus kat pulau pangkor...best giler. Kenangan yang best bersama kekawan pejabat tapi yang paling best masa gi genting, rasa cam dunia milik kitorang yang punya....

kenanganku....


ni gambar kenangan prkahwinan kami....alhamdulillah kami selamat di ijab kabulkan pada 21 Ogos 2005. Semoga Kebahagian menjadi milik kami.....Insya-Allah

Thursday, September 13, 2007

my baby


cute tak baby nie......kalau laaa dapat anak camnie kan best.mata dia....mulut dia eeeee best nyer

suamiku.....


niler suami ku yang tercinta....harap2 biarlah jodoh kami berpanjangan.Banyak dugaan kami terpaksa tempuhi bersama sebelum berkahwin tapi alhamdulillah.....akhirnya kami bergelar jua suami isteri yang sah tau......yang penting nikah dulu sebelum kahwin

my first day


ni first time aku ader blog sendiri....tu pun nasib baik kak sue sudi mengajar nyer....tima kasih ler yer kak sue.
Daisypath Next Aniversary Ticker

Dhoom